Assalamualaikum...
hai...hari ini,anakseni ingin berkongsi serba sedikit perjalanan,pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh hasil daripada kembara Seni Visual..
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Encik Patrick Avon,selaku pensyarah pendidikan seni visual
dan juga selaku ketua penyelaras kembara seni
visual 2011 atas segala susah payah,penat lelah dan usaha beliau untuk membawa
kami ke Gua Mulu.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan
rakan-rakan yang terlibat.Sesungguhnya,tanpa kita semua aktiviti kembara seni
visual ini tidak dapat dilakukan.Bertunjangkan tema Seni Harus Diterokai kami
membawa nama institut pendidikan Guru Kampus Sarawak ke Gua Mulu.Seni harus
diterokai boleh dihuraikan sebagai mengkaji yakni merungkaikan segala maklumat
yang terkandung dalam seseuatu seni itu.Ia juga boleh ditakrifkan bahawa kita
akan rugi sekiranya tidak memanfaatkan seni itu dengan sebaik-baiknya tanpa
mengetahui setiap aspek keindahan dan keunikan seni.
Sebelum bertolak ke gua mulu,kami pelajar
pendidikan seni visual ppismp semester satu bertolak daripada IPGKS pada
pukul 7.45am dan kami tiba di lapangan terbang miri pada pukul 8.00am.Penerbangan
kami dijadualkan bertolak pada pukul 9.30am tetapi malangnya penerbangan kami
ditunda ke pukul 10.30am dan kami tiba di lapangan terbang Mulu pada pukul 11.00am.Ketibaan kami di sana
seakan-akan dialukan kerana pemandangan yang ada disekeliling sungguh indah dan
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Hal ini ditambah lagi
apabila kami hendak pergi ke tempat penginapan,kami terpaksa menaiki bas secara
bergilir-gilir kerana ruang yang tidak mencukupi.Setibanya kami di tempat
penginapan kami diberikan bilik masing-masing untuk mengemaskan barang-barang
dan berehat seketika.Selanjutnya,kami pergi mengambil juadah petang sebelum
memulakan aktiviti pertama.
wajah-wajah" excited" untuk ke Gua Mulu..hoho.
Gambar ini diambil sebelum berlepas ke Gua Mulu di Airport Miri
sekitar kawasan penginapan 3 hari 2 malam..hehe
CATATAN HARI PERTAMA(GUA LANG & GUA RUSA)
Banyak input dan faedah yang telah saya perolehi sepanjang
mengikuti kembara ini.Daripada perspektif yang berbeza,pengetahuan saya dalam
pendidikan seni semakin berkembang. Pada
hari pertama lagi,kembara ini telah membuktikan bahawa ia bukannya sekadar
indah khabar dari rupa kerana sejak awal lagi ketibaan kami di sana telah
dihidangkan dengan pelbagai flora dan fauna yang dapat menaikkan semangat
kesenian dalam hati.Kembali pada tajuk utama, bagi memulakan program
pertama,saya dan rakan-rakan pergi melawat dua buah gua iaitu Gua Lang dan Gua
Rusa.Kami bergerak ke gua tersebut pada pukul 2.30pm.Gua Lang telah menjadi
destinasi pertama kami untuk diterokai dan dikaji segala yakni setiap alam
semulajadi yang amat berkait dengan seni visual yang terdapat dalam gua
tersebut.
Gua Lang menjanjikan kelainan
dari sudut perspektif gua batu kapur. Walaupun lebih kecil berbanding Gua Rusa,
Gua Lang menyajikan kehebatan pembentukan stalaktit dan stalagmit yang luar
biasa.Setiap titisan air yang mengalir di celah dinding gua mengandungi molekul
halus debu batu kapur yang mengambil masa ratusan tahun untuk bercantum.Sekiranya
dihayati dengan baik,pembentukan
stalaktit dan stalagmit boleh diibaratkan sebagai satu arca yang begitu
unik dan semula jadi.Antara bentuk dan rupa yang boleh didapati ialah bentuk
atau rupa yang seakan-akan manusia dan juga bentuk haiwan marin iaitu obor-obor dan juga seakan ukiran.
Seterusnya,menerusi
kembara ini,saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kaitan seni
dengan alam semula jadi.Sebagaimana yang dapat dilihat,setiap gua yang ada di
Taman Negara Mulu akan mempunyai pelbagai unsur seni yang ada didalamnya bahkan
juga disekitar gua terutama di gua rusa .Selain itu,banyak bentuk dan corak
yang terhasil akibat peredaran masa,contohnya gua tersebut dahulunya berada
dalam laut dan akibat daripada itu berbagai jenis garisan telah terhasil.
Antara garisan yang wujud ialah garisan beralun,garisan berlingkar yang wujud diatas permukaan air dalam gua ketika titisan air terjatuh dari celah-celah permukaan atas gua,garisan bergerigi yang wujud diatas permukaan batu dan sebagainya.Satu bentuk rupa juga terhasil dimana rupa ini dipanggil sebagai Abraham lincoln.Ia terhasil daripada batu yang terdapat di gua.
ha..ni la dia yang saya maksudkan,rupa Abraham Lincoln tadi.Menarik bukan?
walaupun keadaan cuaca kurang baik, tetapilihat sajalah telatah guru-guru pelatih ini yan sentiasa bersemangat untuk menerokai alam semulajadi.huhu
terjumpa pula dengan salah seorang pelancong dari vietnam.hah,apa lagi..huhu
this my bro,cecece...segak nampak.,hehe
CATATAN HARI KE 2 (BATU BUNGAN,GUA ANGIN,YOUNG LADIES CAVE,CLEAR WATER CAVE)
Pada
hari kedua, kami pergi ke gua angin dan gua air jernih.Kami menaiki bot untuk
menuju ke gua tersebut.Dalam perjalan tersebut kami telah didedahkan dengan
panorama yang indah dimana aliran air dapat menghasilkan garisan beralun dan
pusaran air yang berlaku juga dapat menghasilkan garisan berlingkar.setelah
tiba di gua angina terpampang juga garisan yang beralun pada permukaan gua yang
disebabkan oleh aliran air pada masa dahulu.Seterusnya,kami ke gua air jernih
yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Gabungan dua batu yang wujud telah
menimbulkan satu bayangan seperti orang sedang bercumbuan dimana byangan hitam
yang wujud pada permukaan dalam dan warna terang pada permukaan luar boleh
diklasifikasikan sebagai rupa positif.
Lihat sajalah telatah kami dibawah ini.....sungguh menghiburkan
Apabila terjaga sahaja dari lena,pandangan telah terpikat dengan keindahan panorama pagi.
lihat sajalah pemandangan kat atas itu,sungguh menyegarkan mata.
eh.eh..ayam siapa nie???
wow!kami menaiki bot untuk ke destinasi berikutnya..huhu.best.....
sekarang,da tiba kat destinasi.
amboi lht tu abg ehsan kita yg menikmati udara sekeliling yg amat menyegarkan.hehe
ni dia!! salah seorang penduduk wanita yang mempunyai kebolehan yang menakjubkan,bermain salah satu alatan muzik traditional menggunakan hidung,,
ha..anda boleh?
ehm2..pewwit....
semua kat atas tu adalah barangan2 tempatan yang dijual di perkampungan ini..
CATATAN HARI KE 3(PUNCAK BUKIT)
Pada hari ketiga,kami sebagai guru
pelatih didedahkan lagi dengan pemandangan realiti yang sungguh menakjubkan
dimana tergambarnya nilai seni terhadap alam semula jadi.Menerusi lakaran yang
telah kami buat pada puncak bukit tersebut,kami
dapat mengapresiasikan lakaran tersebut sebagai keindahan seni yang wujud dengan adanya alam
sekitar.Dengan ini,pengetahuan kami dalam mengapresiasikan sesuatu karya
semakin berkembang.Kelihatan jalinan yang ada pada pokok dan daun-daun yang ada
disekeliling terutamanya jalinan sentuh yang jelas terpampang pada batang pokok dan permukaan batu.
Pembukaan hari ketiga diisi dengan senaman pagi yang menyegarkan badan..
Mesti anda tertanya-tanya apa yang kami lakukan di puncak bukit ini??
aha..sebenarnya,tugas kami adalah untuk menghasilkan lakaran berdasarkan apa yang dapat diperhatikan di kawasan sekeliling.
2 comments:
lawalah zer...haha
lawalah zerr.haha
Post a Comment