Saturday, March 16, 2013

Matlamat & objektif psv



PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Thursday, February 14, 2013


BAB 10 : ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA


PENDAHULUAN
Islam hadhari bukanlah suatu ajaran baru di dalam islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat islam sendiri berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Islam hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan islam sebenar dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sarna ada dari aspek jasmani dan rohani.

Penjenamaan islam hadhari diharap dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka minda segar masyarakat non-muslim agar dapat memahami agama islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim terhadap islam.

Definisi islam hadhari

Kalimah islam dan hadhari secara asasnya adalah ambilan dari perkataan bahasa arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Perkataan asalnya adalah 'ai-islam al-hadhari' atau disebut juga sebagai 'civilizational islam'

Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud seperti berikut;

i- yang bertamadun
ii- islam yang menekankan aspek tamadun.
Iii- dalam bahasa inggeris dikenali sebagai 'civilizational islam'
Iv- dalam bahasa arab dikenali sebagai 'ai-islam al-hadhari'
Manakala takrif islam hadhari secara lengkap ialah 'suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun islam' (jakim, 2005 : 9).




Sebagai huraian takrif di atas, ia bermaksud;

(a) pendekatan islam hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan islam secara juzi'e (terpisah-pisah) seperti islam bersifat politik (ai-islam al-siyasi).

(b) islam hadhari membawa maksud ajaran islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cqbaran alaf baru seperti ledakan teknologi makluli\at, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

(c) pendekatan islam hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nil ai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (jakim, 2005 : 10).

visi dan misi

Visi islam hadhari adalah "untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri."


konsepnya ialah negara mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Misi islam hadhari adalah "melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang" (jakim, 2005: 11-14).
objektif

objektif islam hadhari adalah;

(a) melahirkan individu dan masyarakat islam yang mempunyai kekuatan­kekuatan berikut;

a- spiritual (rohani)
B- akhlak

cintelektual
d- materia
Le- mampu

berdikari
f- berdaya saing
G- melihat ke hadapan
H- inovatif


(b) cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
Praktikal dan damai (jakim, 2005: 15).

konsep islam hadhari

Di dalam menjelaskan tentang konsep islam hadhari, konsep pertama telah menekankan aspek pembangunan yang membawa ke arah pembinaan peradaban. Peradaban bermaksud peradaban yang berasaskan acuan malaysia bersumberkan al-quran dan as-sunnah. Manakala peradaban yang berlawanan akan disesuaikan selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip al-quran dan as-sunnah.

Konsep islam hadhari turut menekankan pembangunan modal ins an sarna ada melalui material dan spiritual. Penggunaan modal insan yang maksimum adalah selaras dengan tuntutan syariat yang turut diperjelaskan dalam amalan solat secara berjemaah yang menjadi pemangkin ajaran islam dari aspek spiritual dan material.

Konsep islam hadhari juga menekankan kepada usaha untuk mengembalikan umat islam kepada asas-asas fundelmental yang terkandung dalam al-quran dan hadith yang menjadi teras pembinaan tamadun islam. Tafsiran yang ikhlas ke atas islam hadhari akan membantu meningkatkan kekuatan ummah dari asas-asas akidah selain menjunjung kesucian ajaran itu sendiri. Ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan terhadap tuntutan ajaran yang sebenar. Malah ia turut berperanan. Mengkesampingkan pemikiran dan unsur tahyul dan khurafat.

Konsep islam hadhari cuba menekankan usaha kerajaan melindungi kesucian ajaran islam dan menangani gejala kegelinciran akidah (faith) semasa menghadapi cabaran dan realiti semasa. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesucian agama, unsur-unsur negatif menerusi agama perlu dihindari sejak dari awal lagi. Dengan kerajaan yang kukuh dari pelbagai aspek, ia dapat membantu mengoptimumkan pengambilan peluang ke arah pintu ijtihad yang masih terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat. Antaranya;

(a) aspek pembangunan prasarana dan ekonomi
(b) pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif dan dilengkapi dengan program pembangunan rohani supaya nilai-nilai murni islam dijadikan cara hidup (jakim, 2004 : 3-7).
Menurut prof. Datuk dr mahmood zuhdi bin abdul majid, konsep islam hadhari merupakan sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan islam pada masa sekarang iaitu 'perubahan yang menyeluruh' (al-islam, januari 2005: 15-16).

perubahan menyeluruh dikaitkan dengan kegagalan umat islam sedunia dalam mencapai kemajuan yang sepatutnya sebagaimana yang disebut menerusi al-quran dan as-sunnah. Perubahan ini sangat penting bagi merealisasikan kehendak islam sebenar.

keperluan prinsip maqasid al-syariah
selaras dengan konsep hidup sebagai pengabdian diri terhadap allah rabid) dan konsep kerja sebagai ibadat, manusia sebagai khalifah allah (khalifatullah fil ardh) dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan.

Sehubungan itu, prinsip maqasid al-syariah (dalam mazhab syafi' e disebut
sebagai (al-kulliyatul khams) adalah berkaitan seperti berikut; (jakim, 2004: 11-12)
(a) menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
(b) menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
(c) menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
(d) menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan
(e) menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta.

segala usaha ke arah ini perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak sesuai dengan ajaran islam sebenar perlu dikikis agar jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap memerlukan umat berijtihad dan berjihad ke arahnya. Contoh : konsep jihad perlu ditafsir secara meluas meliputi aspek kehidupan manusia seperti menguasai ilmu, sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti­aktiviti ekonomi dan sebagainya.

kegagalan umat islam memahami konsep jihad secara meluas akan mengakibatkan kegagalan kebangkitan islam seluruhnya. Kelemahan dan kelewatan pemahaman surah al-fiil sebagai contoh, mengakibatkan masyarakat barat lebih terkehadapan menghasilkan peralatan atau kelengkapan ketenteraan mencakupi era kontemporari. Pemahaman islam hadhari

usaha ke arah memahami isi kandung islam hadhari perlu menjurus kepada
semua pihak menerusi pelbagai saluran. Umpamanya;

(a) peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan

(b) usaha-usaha ijtihad yang berterusan

(c) penghayatan dan mewarisi ketamadunan global (rahmatun lil'alamin
)(d) semangat ukhuwah islamiah (brotherhood) disemarakkan bagi menghasilkan jaringan so sial yang berkesan

(e) pembudayaan nilai-nilai positif yang terkandung di dalam tasawwur islam.
Contoh : pembudayaan masyarakat iqra'.

(f) keseimbangan antara ilmu agama dan sekular. Banyak ayat al-quran yang
menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi sedangkan ianya dianggap
ilmu sekular.

rasional islam hadhari diperkenalkan

terdapat dua aspek utama mengapa islam hadhari diperkenalkan iaitu dari sudut dalaman dan luaran (pusat pengajian islam dan pembangunan sosial, utm, 2005 : 153-154):

aspek dalaman

(a) kefahaman ajaran islam secara serpihan (b) kepelbagaian kumpulan
(c)     kesan konspirasi politik dunia barat

Aspek luaran

(a) cabaran globalisasi
(b) isu terrorisme yang ditujukan kepada islam
(c) membendung tradisionalisme dan fundamentalisme
(d) cabaran fahaman kebendaan dan hedonisme

Prinsip islam hadhari

9.1.1- keimanan dan ketaqwaan kepada ilahi (Allah)

Amatlah penting umat islam memahami islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh (islam sebagai cara hidupjislam the way of life). Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangkan asas kejadian manusia sendiri terdiri dari dua unsur (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya.
justeru itu, islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sarna ada kehidupan duniawi (dunia) dan persiapan ukhrawi (akhirat/judgement day). Ini turut disebut menerusi firman allah swt dalam surah al-qasas (28), ayat 77 yang bermaksud:

"dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba allah) sebagaimana allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."


oleh itu, ai-quran dan sunnah rasulullah saw dijadikan teras pegangan dan rujukan. Gabungan beberapa unsur yang terdiri dari akidah (kepercayaanj faith), syariah (perundanganjlegislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang  berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman allah swt dalam surah al-a'raaf (7) ayat 96 yang bermaksud:

"dan (tuhan berfirman lagi) : sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

secara prinsipnya, ketentuan beragama bagi orang-orang bukan islam terbahagi
kepada dua:
i) tiada paksaan dalam agama
Ii) kebebasan beragama ini ditegaskan di dalam firman allah ta' ala yang bermaksud:
i) "tidak ada paksaan dalam agama (islam)" (surah al-baqarah (2) ayat 256)
ii) "bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (surah al-kafirun (109) ayat 6)

akidah yang dikehendaki adalah menurut ahli sunnah wal jama'ah bukan semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli dengan ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan (as-syeikh muhammad bin salih al-'uthaymin, 2004 : 21).

gabungan ketiga-tiga unsur di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran islam sebenar terutamanya dari aspek kelahiran dan kepercayaan ajaran-ajaran sesat yang melemahkan umat islam sendiri selain kepercayaan-kepercayaan tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa di kalangan umat islam.

sebagai balasan pelaksanaan menurut islam yang hakiki, maka allah akan memberi balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman allah ta' ala;

i) maka barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-nya (dalam surah amalnya).(surah az-zalalah (99) : 7-8)

ii) dan (tuhan berfirman lagi) : kalau sekiranya penduduk negari itu beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mendustakan (rasul kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (surah al-a'raf (7) : 96)

Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, malaysia sebagai negara islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 perlembagaan negara yang memberi kebebasan beragama ke atas rakyat (perlembagaan malaysia, 2000 : bahagian kedua per kara 11 dan fasal 4).

9.1.2- kerajaan yang adil dan beramanah.

Prof. Dr hamka menyebut; "adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya". Ini bermakna adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Ini sesuai dengan firman allah swt dalam surah an-nahl (16) ayat 90 yang bermaksud: "sesungguhnya allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-nya. "

pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama. Ini turut disebut menerusi beberapa kategori;

i) firman allah ta'ala dalam surah al-ma'idah (5) ayat 8 yang bermaksud:
". .. ..dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada allah, sesungguhnya allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

ii) sabda rasulullah saw
"sekiranya (anakku) fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya."
iii) peristiwa saidina vmar ketika menjadi amirul mukminin yang telah menghukum anak beliau sendiri dengan hukuman sebat 100 rotan (dan wafat) akibat melakukan zina dengan seorang perempuan yahudi.

iv) peristiwa saidina ali ketika menjadi khalifah islam pernah kehilangan baju besinya yang ditanggalkan dalam suatu peperangan dan ditemui oleh seorang lelaki yahudi lalu mengambil dan mendakwa baju tersebut menjadi miliknya. Dalam penghakiman yang dilakukan di mahkamah islam, hakim (zaid bin thabit) telah memberi kemenangan pendakwaan kepada seorang yahudi tersebut walaupun saidina ali adalah seorang khalifah dan sahabatnya. Manakala amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini turut dirakamkan menerusi;

i) firman allah ta'ala dalam surah an-nisa' (4) ayat 58 yang bermaksud;
"sesungguhnya allah swt menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya allah swt dengan (suruhan-nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya allah swt sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat." ,

ii) sabda rasulullah saw yang diriwayatkan oleh ahmad; "dan tidak beriman bagi seseorang yang tidah amanah." selain itu, islam hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) akan melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati allah swt. Ini ditegaskan dalam surah saba' (34) ayat 15 yang bermaksud seperti berikut;

"demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk saba' satu tanda (yang membuktikan kemurahan allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu : dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka) : makanlah dari rezeki pemberian tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-nya : (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (tuhan kamu adalah) tuhan yang maha pengampun".

9.1.3- rakyat yang berjiwa merdeka.

pendekatan islam hadhari menekankan aspek rakyat yang berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada allah swt semata-mata dan kepada rasul-nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari-nya adalah dilarang terutama dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Sebuah hadis ada menyebut : tidak ada ketaatan bagi seseorang yang melakukan/melibatkan perkara maksiat kepada allah. Ketaatan hanya ada dalam perkara yang makruf (baik) sahaja.

Jiwa merdeka mampu memberi aspirasi kepada individu untuk melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif. Manakala masyarakat yang berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta progresif. Idea-idea bemas ini mampu memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke mercu yang diredhai allah. Sebaliknya, jiwa yang terjajah akan meletakkan bangsa dan negaranya di bawah tahap sebenar. Kesan yang ketara ialah mereka sentiasa berada di takuk yang lama dan tidak sanggup terdedah dengan kemajuan dan persaingan.

Masyarakat yang berjiwa merdeka akan berusaha mengembeling tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang dan etika dengan menjadikannya sebagai landasan masyarakat islam hadhari yang berfikiran terbuka dan memiliki sifat tasamuh (bertimbang rasa) yang penuh dengan kebijaksanaan. Masyarakat berjiwa merdeka juga tidak akan dijajah dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan semangat islam hadhari dalam erti kata sebenar.

9.1.4- penguasaan ilmu pengetahuan.

Ilmu merupakan satu tuntutan utama dalam islam di mana galakan menuntut ilmu telah bermula semenjak nabi adam a.s diciptakan oleh allah swt dan ini diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas rasulullah saw menerusi surah al-alaq (96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memungkinkan umat islam menakluki dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Ini telah terbukti dengan kekuatan islam menyaingi tamadun-tamadun dunia silam dengan sekelip mata.

Penguasaan ilmu menyebabkan umat islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (ilmu wahyu) sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani sebagaimana yang pemah dicetuskan tamadun islam suatu mas a dahulu. Mereka menjadi pencetus perkembangan tamadun ilmu di dunia barat.


ketinggian kedudukan masyarakat berilmu pengetahuan turut dirakamkan oleh allah swt dalam firman-nya dalam surah al-mujadalah (58) ayat 11 yang bermaksud:

"dan allah. Mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah) allah maha mendalam pengetahuan-nya ten tang apa yang kamu lakukan."

9.1.5- pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama. Melalui sektor ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Atas faktor ini, ekonomi adalah sebahagian dari kesempurnaan islam. Sebuah hadis turut menekankan tentang kepentingannya menerusi sabda baginda : ''tangan di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (meminta-minta)." (hadis qudsi)

atas dasar ini, ekonomi dalam ajaran islam bukanlah satu entiti yang berasingan dari tuntutan agama, malah ia saling berkait dengan unsur-unsur ritual islam itu sendiri. Ia menjadi punca kepada ketenangan beribadat dan be ramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Usaha ini turut dibuktikan oleh rasulullah saw ketika berhijrah ke madinah. Baginda berusaha menjadikan madinah sebagai pusat perniagaan terkenal di semenanjung tanah arab. Malah seorang sahabat muhajjirin dari makkah bernama abdul rahman bin' auf, apabila telah dipersaudarakan dengan seorang ansar bernama saad bin al-rabi' ai-ansari telah menolak pemberian separuh dari harta saudaranya. Bahkan beliau meminta ditunjukkan pasar untuk membolehkan beliau berniaga. Beliau telah memperolehi keuntungan yang lumayan hasil usahanya itu.

pembangunan ekonomi dalam islam perlu seimbang yang mana harta adalah hak milik allah secara mutlak. Manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya itu. Justeru itu, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan allah swt. Segala perolehan harta akan dipersoalkan di hadapan allah swt di hari akhirat (judgement day) nanti. Atas daya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan hart a yang mendatangkan keraguan. Hadis nabi jelas menekankan persoalan ini menerusi sabda baginda : sesungguhnya sesuatu yang halal itu adalah jelas dan sesuatu yang haram itu adalah jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubahat (meragukan).
Oleh itu, sikap malas, sambil lewa dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus kelemahan institusi so sial dan memalukan agama. Ismail al-faruqi menyebut bahawa tindakan ekonomi merupak~m luahan rasa kerohanian islam. Kaum muslimin perlu menyakinkan diri dengan kenyataan ini, bukan seperti agama kristian yang mengasingkan gereja dengan kerajaan. Islam menekankan perlunya sebuah kerajaan. Kekukuhan kerajaan menjamin keutuhan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuatu ummah dan kekukuhannya merupakan tunggak dalam islam.

Sistem ekonomi islam menolak sebarang unsur-unsur ketidakadilan, malah islam memeranginya dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme. Ai-quran mengumpamakan pengamal riba sebagai orang yang dirasuk syaitan menerusi firman Allah swt;

Firman Allah:
"orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan (devil) dengan terhoyong­hayang kerana sentuhan (syaitan) itu." (al-baqarah (2) : 274)

Firman Allah:
"wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang terhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kami tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu) maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari allah dan rasul-nya (akibatnya kamu tidak menemui selamat)."
 (al-baqarah (2) : 278-279)

9.1.6- kehidupan berkualiti.

kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit keredhaan allah (mardhatillah). Manakala kehidupan yang penuh dengan kemewahan, kegembiraan, aman damai tetapi dimurkai allah, islam menganggapnya sebagai kehidupan yang tidak berkualiti. Sebenarnya kehidupan berkualiti ditentukan oleh allah dan bukannya manusia. Sehubungan itu, manusia perlu membezakan kehidupan yang berasaskan akal fikiran manusia semata-mata dengan kehidupan menurut perintah allah (pusat pengajian islam dan pembangunan sosial, utm, 2005: 161).

keadaan ini disebabkan pemikiran manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan ikhlas, memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih cetek, pendidikan yang masih banyak kedangkalannya serta faktor persekitaran yang masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan berkualiti yang sebenar.

Justeru itu, fahaman yang berasaskan sekularisme lebih mementingkan kehidupan dengan kemewahan material semata-mata dan kehidupan serta kelengkapan prasarana yang mewah. Bahkan, ia dijadikan ukuran kedudukan seseorang di dalam menterjemahkan paras kualiti kehidupan seseorang. Keadaan seperti ini akan menjadikan pemikiran manusia semakin jumud dan bersifat rigid dalam menentukan kualiti hidup sese orang manusia sehingga melabelkan seseorang itu dengan tafsiran berasaskan kemewahan hidup. Kesannya, wujud pelbagai kelas manusia dari setinggi kemewahan sehingga serendah-rendah kemiskinan selain manusia terpaksa berlumba-iumba mengejar kemewahan sepertimana ditafsirkan menerusi kapitalisme.
Terdapat juga fahaman yang menekankan kehidupan berkualiti adalah hasil pelaksanaan ritual yang keterlaluan sehingga menganggap dunia yang abadi (syurgajheaven) adalah beramal ibadat sahaja tanpa menjejaskan tumpuan. Ini boleh mendorongkan seseorang menjadi malas dan tidak produktif dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan islam menganjurkan umatnya agar berusaha sedaya upaya

mencari dan memperolehi kehidupan yang berkualiti. Ini bertentangan dengan nil ai­nilai dan amaran yang dikemukakan oleh allah swt menerusi firman-nya dalam surah al-qasas (28) ayat 77 yang bermaksud:

"dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba allah) sebagaimana allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

kehidupan berkualiti turut disebut di dalam firman allah yang lain, antaranya dalam surah al-' asr (103) ayat 1-3 yang bermaksud:

"demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

orang yang benar-benar beriman tidak akan membuat hidupnya murung dan mundur. Malah akan berusaha menjadikan diri mereka maju dan ke hadapan dari segenap aspek sarna ada spiritual, material dan jasmani. Tambahan lagi, kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan, bahkan mencadangkan perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat. Ia selaras dengan cadangan allah di dalam al-quran.

9.1.7- pembelaan hal kumpulan minoriti dan wanita

Dalam mendokong prinsip islam hadhari, kedudukan dan pembelaan hak ke atas golongan minoriti tetap dijunjung. Hak kemuliaan insan di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah yang telah disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam islam dibuat tanpa diskriminasi walaupun berbeza dari segi agama.

Jalinan penjagaan hak dalam islam hadhari turut didokong menerusi undang­undang dan perlembagaan negara. Ai-quran telah merakamkan tentang penjagaan hak di atas menerusi firman allah swt dalam surah al-hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:
"wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuan-nya (akan keadaan dan amalan kamu)."

kesan dari ayat di atas juga menyebabkan jaminan pemerintah terlaksana ke atas golongan minoriti termasuk wanita juga. Kedudukan wanita disanjung dan diberi hak yang sewajarnya. Perkara ini dapat dilihat di dalam perlembagaan persekutuan tentang kebebasan hak asasi (perlembagaan persekutuan, 2000: Bahagian kedua, perkara 8)
Kekuatan kedudukan golongan minoriti juga turut disebut oleh khalifah islam pertama; saidina abu bakar as-siddiq di balai bani sa' adah tatkala beliau diangkat menjadi khalifah islam pertama yang sedutannya adalah seperti berikut;
"ketahuilah, sesungguhnya orang-orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan memberi hak kepada mereka dan orang-orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil hak dari mereka. "

dalam satu peperangan saidina ali yang ketika itu menjadi khalifah islam keempat, baginda telah menanggalkan baju perangnya untuk memudahkan baginda merawat tentera islam yang tercedera selain menimbang kesan peperangan tersebut. Malangnya, baju besi tersebut ditemui oleh seorang yahudi lalu membawanya pulang. Tatkala baginda melewati perkampungan yahudi, baginda ternampak baju besinya itu di rumah yahudi terse but lalu mendakwa haknya tetapi dinafikan oleh yahudi tersebut. Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan dan diadili oleh zaid bin tsabit (beliau merupakan seorang islam, sahabat nabi dan saidina ali). Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, maka zaid bin tsabit memberi hak kepada yahudi tersebut dan khalifah terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Maka baginda mengucapkan tahniah kepada yahudi tersebut di atas kemenangan beliau. Akhirnya, yahudi tersebut memulangkan baju besi terse but kepada saidina ali secara suka rei a selepas melihat keadilan hak yang beliau telah terima dari pemerintahan kerajaan islam.

Di dalam beberapa siri peperangan jihad umat islam misalnya, golongan wanita yang dilihat lemah turut memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila menyertai pasukan tentera islam dengan memberi sokongan moral dan rawatan ke atas tentera yang cedera di medan pertempuran.

Wanita dalam islam hadhari adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalaman dirinya dan dapat menangkis salah faham yang menganggap bahawa mereka adalah kaum yang sesuai untuk dieksploitasi bagi keseronokan orang lain. Mereka adalah kalangan yang memiliki sudut pandangan yang jelas tentang hubungan silang gender dan mampu bekerjasama dengan sesiapa saja secara penuh profesionalisme (pusat pengajian islam dan pembangunan so sial, utm, 2005: 162).

wanita dalam islam hadhari amat menggalakkan pendidikan berterusan sesuai dengan slogan 'pendidikan sepanjang hayat'. Wanita tidak diketepikan dari arus pembangunan malah dijadikan daya saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam arus perdana. Kemampuan ini menjadi mercu tanda pembangunan personaliti.

9.1.8-keutuhan budaya dan moral

Islam hadhari seperti yang telah dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigma ke arah ketamadunan yang dikehendaki oleh islam. Namun ia bersifat menurut acuan malaysia agar ia lebih dinamik. Ini tidaklah bermaksud menerima pakai dialog peradaban secara total, bahkan ia menjadi titik tolak ke arah ketamadunan yang bersesuaian dengan budaya dan akhlak rakyat malaysia sendiri. Tambahan pula, acuan yang dibina adalah hasil gabung-jalin antara kaum dan budaya rakyat malaysia.

dalam menetapkan budaya menurut acuan tersendiri, malaysia menerusi islam hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya. Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Namun begitu ada perubahan dari sebuah kerajaan tetapi banyak didahului dengan pertukaran pemerintah, bukannya sistem dana budaya (mohd taib othman dan a. Aziz deraman, 2000: 69-70).

Kedatangan ajaran islam turut memainkan peranan utama keutuhan budaya dan moral masyarakat melayu di peringkat awal lebih terserlah. Hal ini sejajar dengan islam sebagai 'ad-din'. Pendewaan dan kepercayaan animisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengamalan ajaran islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambah nilai budaya persekitaran dan diasimilasi secara perlahan-iahan dalam masyarakat (mohd taib othman dan a. Aziz deraman, 2000 : 69-71). Sebagai contoh, semangat perkauman berjaya diubah kepada semangat 'malaysia boleh' melalui ajaran islam yang sebenar.

Kedatangan islam ke alam melayu memberi impak yang besar sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini dilihat sebagai 'melayu baru' melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Ia boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa. Perubahan jiwa ini berpunca dari perubahan dalaman dari kepercayaan kepada animisme, hindu-buddha dan yang bersifat khayalan, kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata (pusat pengajian islam dan pembangunan sosial, utm, 2005 : 77). Maka islam hadhari adalah hasil manifestasi bersifat global menurut acuan negara agar islamisasi terus disemadi ke dalam jiwa dan diserlahkan dengan perbuatan dan amalan yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenar.

Dalam meneruskan agenda budaya dan moral, islam hadhari berusaha menekankan semangat jati diri malaysia untuk menepis segala amalan dan budaya barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya. Manakala segala perkara baru yang bersesuaian dan menepati matlamat budaya dan moral masyarakat malaysia adalah diterima dengan berhati-hati.

9.1.9- pemeliharaan alam semulajadi

dalam memupuk pemuliharaan alam semulajadi, islam menekankan peri pentingnya masyarakat memahami huquq al-'alam (hak-hak alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak di atas adalah dilarang sarna sekali.

Ini memandangkan secara fitrah, alam ini ada permulaan dan pasti akan menemui penamatnya. Ia dikira sebagai sunnatullah yang tidak boleh ditolak, sarna seperti api membakar, bulan menerangi malam dan sebagainya (hj. Ahmad fauzi hj. Morad, 2001 : unit 2). Manakala manusia sebagai pemegang amanah (khalifah fi al-ardh) hams memelihara dan berusaha memanjangkan hayat alam kerana tanpa alam, manusia tidak mampu meneruskan kehidupan dan zuriat keturunan akan turut terhapus. Tegasnya, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

hasil daya usaha di atas, manusia terus hidup dan mampu meneruskan peradaban selain eko-sistem termasuk flora dan fauna terjamin. Pembangunan yang merosakkan eko-sistem harus diminimakan serendah yang perlu, bukannya pembangunan yang berpaksikan faktor ekonomi sehingga menjejaskan alam sekitar. Melalui pembudayaan ini, keindahan dan keunikan alam semulajadi boleh dinikmati dan seterusnya membuktikan keagungan dan kewujudan tuhan maha pencipta (allah/ god)
.
Dengan kesedaran manusia yang tinggi terhadap alam, secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap hubungan allah, manusia dengan alam antaranya ialah:

(a) kekuasaan adalah hak milik allah
(b)kelemahan manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan
(c)penciptaan alam untuk manusia
(d)keperluan penjagaan alam.

kesedaran di kalangan manusia dapat membantu usaha-usaha pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (ngo) dan orang perseorangan menangani kelemahan dan pemantauan terhadap golongan yang kurang sikap ketamadunannya. Ini secara tidak langsung meringankan beban tugas yang digalas oleh pihak jabatan alam sekitar gas).
Dalam menjamin kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, malaysia telah berusaha dan menandatangani dua deklarasi yang melibatkan alam sekitar iaitu:
(a) deklarasi rio de janeirio pada 1993
(b) protolkol kyoto pad a 1997

selain itu juga, malaysia melalui asean telah berusaha gigih memastikan negara-negara asean bebas dari memiliki dan menjalankan aktiviti senjata nuklear. Lni turut berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan persaingan persenjataan (ketenteraan) yang boleh merosakkan asean, malah keindahan dan kehijauan kepulauan nusantara. Tambahan lagi, malaysia turut mengadakan deklarasi langkawi bagi menjamin keutuhan dan pembangunan selaras dengan kehendak alam.

usaha yang dijalankan ini tidak sekadar perjanjian di atas kertas, malah perdana menteri turut menggariskan prinsip penjagaan alam sekitar di dalam agenda pentadbirannya menerusi islam hadhari. Ini adalah lambang komitmen untuk meneruskan wadah penjagaan alam sehingga ke tahap maksima.

Manakala pembangunan berasaskan sains dan teknologi yang berteraskan agama dan nilai budaya turut digiatkan dengan konsep mesra alam bagi menjamin keperluan dan kesejahteraan rakyat tidak diabaikan, bahkan dijamin sepenuhnya. Setiap penyelidikan dipantau dan hasilnya dikongsi seeara bersama berasaskan semangat menang-menang (win-win situation) antara manusia dan alam

9.1.10-kekuatan pertahanan

Islam hadhari melihat bahawa pertahanan bukanlah isu sehala yang hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah islam hadhari turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual. Ini bermakna islam hadhari melihat aspek pertahanan dari perspektif yang lebih luas maksudnya.
Kekuatan persenjataan semata-mata tidak eukup bagi mempertahankan negara, jika aspek pertahanan jati diri diabaikan. Antara sebab kejatuhan kerajaan uthmaniah di turki dan keraja~n melaka pada 1511 masehi sebagai eontoh, adalah hash kelemahan semangat spiritual dan diri. Allah swt turut berfirman dalam surah al-anfal (8) ayat 60 yang bermaksud:

"dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

islam hadhari turut memfokuskan pertahanan seeara konvensional. Jika ditinjau kekuatan surah al-fiil, jelas mendesak kekuatan pertahanan perlu dititik-beratkan. Negara barat telah melihat kekuatan tentera bergajah pimpinan abrahah berjaya dijinakkan oleh pasukan burung ababil yang begitu keeil. Proses dan taktik peperangan burung ababil itu telah diterjemahkan dalam bentuk kontemporari di mana burung tersebut diterjemahkan menjadi jet-jet pejuang yang berkuasa di udara, kaki burung yang membawa batu dari neraka sijjil diterjemah sebagai pembawa peluru dan born berkuasa tinggi (smart bomb) serta mata burung ababil itu diterjemahkan sebagai ketepatan teknologi eanggih termasuk satelit yang mampu memfokuskan beberapa kali ganda dari mata kasar manusia.
perubahan persekitaran global turnt menuntut umat islam agar bersedia menghadapi segala kemungkinan sejak dari awal lagi. Atas dasar ini, islam hadhari turnt memberi perhatian utama dengan melengkapkan serta menguasai kelengkapan pertahanan ke tahap yang diperlukan. Usaha kerajaan malaysia melanearkan satelit asia timur malaysia iaitu measat-l dan measat-2 adalah memenuhi sebahagian keperluan pertahanan, selain usaha jangka masa panjang negara dengan menghantar rakyat malaysia pertama; dr. Sheikh muszaphar shukor menyertai misi aeroangkasa dan berada di orbit selama 7 hari pada tahun 2007 kelak dengan kerjasama kerajaan rusia.

Menurut hassan mohd noor di dalam utusan malaysia bertarikh 14 disember 2006, kejayaan pelancaran satelit asia timur malaysia ketiga iaitu measat-3 dengan menggunakan roket proton breeze-m di kazakhstan pada 12 disember 2006 gam 7:28:43 pagi waktu malaysia) dan memasuki orbit sembilan jam kemudian baru-baru ini, menyerlahkan hasrat dan usaha murni negara bersaing secara sihat dalam aspek pertahanan dan telekomunikasi.

beliau menambah, measat-3 dibina oleh boeing satellite systems international inc. Satelit ini telah direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan tranmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial. Dengan satelit terbaru ini capaian liputannya melebihi 100 negara mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Keseluruhan projek measat-3 melibatkan pelaburan sebanyak rm 1 billion di mana perbelanjaan sebanyak usd 220 juta adalah untuk pembinaan satelit.

la menyediakan tansponder berkuasa tinggi 24 jalur c dan 24 jalur ku dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar dengan tempoh hayat 15 tahun. Perkhidmatan di asia, australia, asia barat, eropah timur dan afrika menggunakan jalur c. Jalur ku measat-3 pula menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan £1eksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah (direct to home) seperti televisyen satelit di malaysia, indonesia dan asia selatan. Apabila measat-3 beroperasi, ia mampu meningkatkan lebih banyak aplikasi penyiaran intensif jalur lebar yang lebih canggih seperti high definition television (hdtv) dan video on demand (vod). (hassan mohd noor, 14 disember 2006 : 10). Kejayaan malaysia akan membuka mat a negara-negara islam lain untuk berusaha dan berdaya maju bagi mempertahankan negara dan umat islam dari sebarang bentuk penindasan dan keganasan oleh pihak yang sentiasa mahu memeras ugut dan mengaut keuntungan hasil dari titik peluh rakyat negara tersebut melalui kekuatan pertahanan.

kesimpulan
Gagasan islam hadhari yang dikemukakan oleh y.a.b perdana menteri malaysia adalah satu medan buat umat islam bagi membangunkan semula kegemilangan islam yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan kerajaan uthmaniah lalu. La juga merupakan satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan islam agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam mengerakkan inisiatif memakmurkan negara malaysia.

meletakkan islam hadhari sebagai satu keutamaan dari sudut positif akan menggalakkan suasana sihat antara kaum di malaysia. Sebarang hujah berbentuk negatif dan provokasi harus dielakkan demi menjana idea bagi menggerakkan usaha maa'ruf (mendorong kebaikan dan keadilan), menolak kemungkaran (kejahatan) serta kebathilan (kebinasaan). 


SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU  (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

BAB 9 : ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN BARAT


9.1: Hegemoni Barat Dan Globalisasi

PENGENALAN

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KEMUNCULAN TAMADUN BARAT

Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamadun­tamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaan­kerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.


9.2: Krisis Alam Sekitar



Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia(1974:1)

Alam sekitar bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial.

Ariffin T.N (1987: 203)

Alam sekitar adalah sebagai ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi. Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor biologi yang saling bergantung sesama sendiri antara faktor biologi dan fizikal. 

Odum 1971: 432

Pencemaran ialah perubahan yang tidak dikehendaki ke atas ciri-ciri fizikal dan biologi daripada air, udara dan tanah yang mungkin atau akan membahayakan manusia atau spesis-spesis yang lain, keadaan hidup dan nilai kebudayaan atau yang mungkin membazirkan atau merosotkan sumber-sumber bahan mentah.

Akta Kualiti Alam Sekitar (1974-:2-3)

Pencemaran ialah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan merbahaya kepada binatang, burung, binatang liar, ikan atau menyebabkan satu perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di abawah akta.

Norhibah Hasan Zawawi (1999:33-34)

Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan pencemaran menghasilkan sesuatu perubahan yang boleh mengancam alam sekitar. Pencemaran akan menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran terutama organisma hidup termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran yang paling ketara ialah udara, air dan tanah.




JENIS-JENIS KRISIS ALAM SEKITAR.

Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas, titisan cecair atau zarah dari bahan tertentu yang menyebabkan ruang atmosfera berubah dan membawa kesan buruk kepada semua kehidupan. Antara punca pencemaran ialah pertambahan bilangan kenderaan dan pertambahan kawasan industri berat.
Selain itu, pembakaran sampah dan asap rokok juga boleh menyumbangkan kepada pencemaran terhadap udara persekitaran.

Pencemaran Air

Air meliputi 71% permukaan bumi, dari jumlah ini, 97% merupakan air laut , 2% air salji, manakala 1% ialah air daratan yang kita gunakan untuk kegunaan harian seperti industri dan pertanian.Sumber air yang 1 % ini harus kita jaga supaya tidak tercemar.

Pencemaran air bermaksud berlakunya perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna meliputi di sungai, laut dan tasik dan tidak sesuai dan memberikan risiko kepada manusia dan hidupan lain. Antara punca pencemaran air ialah sisa toksid, bahan buangan sampah, minyak dan najis serta penerokaan melampau yang menyebabkan hakisan tanah.

Pencemaran Bunyi

Kebisingan didefinisikan sebgai bunyi yang keterlaluan dan bolah memekakkan telinga. Secara saintifik pula kebisingan maksudnya sebarang bunyi yang melebihi 80 dibesel (Db).
Klasifikasi pencemaran bunyi :

a)    Kebisingan Selanjar
b)    Kebisingan Fluktasi
c)    Kebisingan Impuls
d)    Kebisingan selang-seli  






PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Pandangan dan sikap manusia mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama :

  • Dominasi (Domination)
  • Kekhalifahan (Stewardship)
  • Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)

  1. Dominasi (domination)
  • Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia.
  • Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri. 
  • Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.
  • Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.

  1. Kekhalifahan (Stewardship)
  • Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.
  • Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.
  • Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.

  1. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
  • Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.
  • Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya.
  • Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.
  • Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama.
  • Manusia adalah sebahagian daripada alam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Prinsip-prinsip ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: Tauhid, Khalifah dan Amanah, Syariah, Keadilan dan kesederhanaan.

TAUHID

  • Konsep tauhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.
  • Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.
  • Konsep tauhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
  • Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini.
  • Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain.
  • Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.
  • Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.

KHALIFAH DAN AMANAH


  • Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni.
  • Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.
  • Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud:‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’
  • Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain.
  • Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini.
  • Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
  • Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.
  • Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’

SYARIAH


  • Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
  • Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
  • Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.
  • Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
  • Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang.’

KEADILAN DAN KESEDERHANAAN


  • Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  •  Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa:‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.’
  • Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.
  • Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
  • Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
  • Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’.
  • Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.
  • Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

*      Hubungan manusia dan haiwan
*      Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan
*      Penggunaan dan pemilikan tanah
1- Hubungan manusia dan haiwan
  • Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan.
  • Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’ 
  • Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.
  • Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!
§  Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.


2- Hubungan Manusia dan Tumbuh-tumbuhan

  • Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’
  • Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.
  • Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud:‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’
  • Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam
  • Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.
  • Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam.
  • Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’
  • Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’
  • Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.
  • Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.


3- Penggunaan dan Pemilikan Tanah
  • Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal(hima).
  • Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.
  • Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.
  • Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.
  • Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.
  • Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan.
  • Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut.
  • Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
  • Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan.
  • Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
  • Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.
  • Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.
  • Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.
  • Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian.
  • Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon himaadalah dibuat secara adil.
  • Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai.
  • Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.

9.3: Persepsi Jihad

PERSPEKTIF BARAT TERHADAP JIHAD

Jihad adalah satu konsep Agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana Agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya, jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.

Media barat memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan  jihad dengan keganasan dan pembunuhan. Pengertian ini lebih jelas selepas Tragedi 11 September di New York  serta beberapa siri pengeboman berani mati. Muncullah gerakan seperti Jemaah Islamiah, Militan Malaysia dan Al-Maunah.
Umat Islam bertindak balas dengan kekerasan yang perjuangan mereka
dipanggil jihad. Barat menjatuhkan Islam dengan menjatuhkan kredibiliti pemimpin, meruntuhkan kestabilan ekonomi serta memecah belahkan perpaduan negara-negara Islam.

Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran Agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya).

Sebenarnya masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuataan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun. Pada pendapat mereka, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah melalui proses perdamaian diplomasi. Ini berkait rapat dengan pemikiran sebahagian besar masyarakat Barat bahawa sitsem demokrasi merupakan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam keadaan aman bersama-sama. Pemikiran ini dapat dilihat daripada kesungguhan pihak Amiraka Syarikat untuk mewujudkan satu sistem demokrasi di Iraq pada hari ini.






9.4: Etika dalam Sains

Azizan Bahrudin ( 1986 ) menyatakan bahawa bidang sains merupakan cabang ilmu yang menjadi fitrah kepada manusia dan tidak tertakluk dengan mana-mana agama tertentu. Namun begitu, apabila diperhatikan, banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyentuh secara umum dan khusus mengenai bidang sains ini.

Kegiatan sains dalam Tamadun Islam,seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain iaitu mestilah berpandu dan dibimbing oleh al-Quran Hadith nabi Muhammad S.A.W.  Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia,Muhamad Abu Zakaria al-razi, Bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintah oleh oleh khalifah untuk membuat racun arsenik namun beliau menolak pelawaan khalifah tersebut kerana arsenik boleh membunuh.Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana  usaha dilakukan dengan  sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia  dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. Pendekatan kedua ialah pendekatan yang  menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.

Ilmu sains Islam perlu dikaji sebagai satu keseluruhan dan dan saling kaitan dengan benda lain. Ini kerana ciptaan Allah merupakan satu kesatuan organik. Semasa kajian dan penyelidikan, pengkaji dan sarjana Islam perlu insaf terhadap kekuasaan Allah yang menentukan sesuatu yang berlaku. Mereka perlu lebih dekat kepada Allah dengan penemuan yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan.
Terdapat lima teras yang perlu diikuti dalam etika sains mengikut Islam. Yang pertamanya adalah Tauhid Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan.  Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.

Seterusnya adalah Tauhid Rububiyyah yang merupakan elemen dalam etika sains mengikut perspektif Islam. Tauhid Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa  mereka wajib berusaha dan  juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) , iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya iaitu Allah.

Teras yang ketiga dalam etika sains adalah khilafah. Manusia adalah khalifah  atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu. Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan  puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta  kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 29 yang bermaksud:
“Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”

Di dalam surah ar-Rum ayat 30 juga Allah telah berfirman yang maksudnya:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Dalam teras keempat dalam etika sains menurut islam adalah Tazkiyyah An-Nafs. Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan  tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses  penyucian dinamik  yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.

Etika sains dalam Islam yang terakhir adalah Al-Falah. Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai  menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.





9.5 : Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara.

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruh gelombang ini sungguh besar dan luas sehingga meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abad­-abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukannya sekadar menguntungkan negara-negara maju.


SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU  (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH