BAB 9 : ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN BARAT
9.1: Hegemoni Barat Dan Globalisasi
PENGENALAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.
Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
KEMUNCULAN TAMADUN BARAT
Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).
Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.
Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).
Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).
Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).
Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.
Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.
Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.
9.2: Krisis Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia(1974:1)
Alam sekitar bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial.
Ariffin T.N (1987: 203)
Alam sekitar adalah sebagai ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi. Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor biologi yang saling bergantung sesama sendiri antara faktor biologi dan fizikal.
Odum 1971: 432
Pencemaran ialah perubahan yang tidak dikehendaki ke atas ciri-ciri fizikal dan biologi daripada air, udara dan tanah yang mungkin atau akan membahayakan manusia atau spesis-spesis yang lain, keadaan hidup dan nilai kebudayaan atau yang mungkin membazirkan atau merosotkan sumber-sumber bahan mentah.
Akta Kualiti Alam Sekitar (1974-:2-3)
Pencemaran ialah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan merbahaya kepada binatang, burung, binatang liar, ikan atau menyebabkan satu perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di abawah akta.
Norhibah Hasan Zawawi (1999:33-34)
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan pencemaran menghasilkan sesuatu perubahan yang boleh mengancam alam sekitar. Pencemaran akan menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran terutama organisma hidup termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran yang paling ketara ialah udara, air dan tanah.
JENIS-JENIS KRISIS ALAM SEKITAR.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas, titisan cecair atau zarah dari bahan tertentu yang menyebabkan ruang atmosfera berubah dan membawa kesan buruk kepada semua kehidupan. Antara punca pencemaran ialah pertambahan bilangan kenderaan dan pertambahan kawasan industri berat.
Selain itu, pembakaran sampah dan asap rokok juga boleh menyumbangkan kepada pencemaran terhadap udara persekitaran.
Pencemaran Air
Air meliputi 71% permukaan bumi, dari jumlah ini, 97% merupakan air laut , 2% air salji, manakala 1% ialah air daratan yang kita gunakan untuk kegunaan harian seperti industri dan pertanian.Sumber air yang 1 % ini harus kita jaga supaya tidak tercemar.
Pencemaran air bermaksud berlakunya perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna meliputi di sungai, laut dan tasik dan tidak sesuai dan memberikan risiko kepada manusia dan hidupan lain. Antara punca pencemaran air ialah sisa toksid, bahan buangan sampah, minyak dan najis serta penerokaan melampau yang menyebabkan hakisan tanah.
Pencemaran Bunyi
Kebisingan didefinisikan sebgai bunyi yang keterlaluan dan bolah memekakkan telinga. Secara saintifik pula kebisingan maksudnya sebarang bunyi yang melebihi 80 dibesel (Db).
Klasifikasi pencemaran bunyi :
a) Kebisingan Selanjar
b) Kebisingan Fluktasi
c) Kebisingan Impuls
d) Kebisingan selang-seli
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Pandangan dan sikap manusia mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama :
- Dominasi (Domination)
- Kekhalifahan (Stewardship)
- Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
- Dominasi (domination)
- Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia.
- Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.
- Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.
- Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
- Kekhalifahan (Stewardship)
- Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.
- Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.
- Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
- Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
- Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.
- Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya.
- Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.
- Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama.
- Manusia adalah sebahagian daripada alam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Prinsip-prinsip ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: Tauhid, Khalifah dan Amanah, Syariah, Keadilan dan kesederhanaan.
TAUHID
- Konsep tauhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.
- Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat.
- Konsep tauhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
- Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini.
- Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain.
- Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’
KHALIFAH DAN AMANAH
- Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni.
- Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.
- Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud:‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’
- Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain.
- Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini.
- Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
- Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat.
- Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’
SYARIAH
- Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
- Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
- Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat.
- Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
- Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang.’
KEADILAN DAN KESEDERHANAAN
- Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
- Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa:‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.’
- Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian.
- Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
- Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
- Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’.
- Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.
- Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Hubungan manusia dan haiwan
Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan
Penggunaan dan pemilikan tanah
1- Hubungan manusia dan haiwan
- Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan.
- Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’
- Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan.
- Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!
§ Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.
2- Hubungan Manusia dan Tumbuh-tumbuhan
- Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’
- Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.
- Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud:‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’
- Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam.
- Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam.
- Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’
- Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’
- Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.
- Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
3- Penggunaan dan Pemilikan Tanah
- Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal(hima).
- Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.
- Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.
- Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.
- Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.
- Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan.
- Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut.
- Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
- Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan.
- Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
- Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.
- Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.
- Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.
- Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian.
- Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon himaadalah dibuat secara adil.
- Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai.
- Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.
9.3: Persepsi Jihad
PERSPEKTIF BARAT TERHADAP JIHAD
Jihad adalah satu konsep Agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana Agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya, jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.
Media barat memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan jihad dengan keganasan dan pembunuhan. Pengertian ini lebih jelas selepas Tragedi 11 September di New York serta beberapa siri pengeboman berani mati. Muncullah gerakan seperti Jemaah Islamiah, Militan Malaysia dan Al-Maunah.
Umat Islam bertindak balas dengan kekerasan yang perjuangan mereka
dipanggil jihad. Barat menjatuhkan Islam dengan menjatuhkan kredibiliti pemimpin, meruntuhkan kestabilan ekonomi serta memecah belahkan perpaduan negara-negara Islam.
Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran Agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya).
Sebenarnya masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuataan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun. Pada pendapat mereka, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah melalui proses perdamaian diplomasi. Ini berkait rapat dengan pemikiran sebahagian besar masyarakat Barat bahawa sitsem demokrasi merupakan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam keadaan aman bersama-sama. Pemikiran ini dapat dilihat daripada kesungguhan pihak Amiraka Syarikat untuk mewujudkan satu sistem demokrasi di Iraq pada hari ini.
9.4: Etika dalam Sains
Azizan Bahrudin ( 1986 ) menyatakan bahawa bidang sains merupakan cabang ilmu yang menjadi fitrah kepada manusia dan tidak tertakluk dengan mana-mana agama tertentu. Namun begitu, apabila diperhatikan, banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyentuh secara umum dan khusus mengenai bidang sains ini.
Kegiatan sains dalam Tamadun Islam,seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain iaitu mestilah berpandu dan dibimbing oleh al-Quran Hadith nabi Muhammad S.A.W. Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia,Muhamad Abu Zakaria al-razi, Bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintah oleh oleh khalifah untuk membuat racun arsenik namun beliau menolak pelawaan khalifah tersebut kerana arsenik boleh membunuh.Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. Pendekatan kedua ialah pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.
Ilmu sains Islam perlu dikaji sebagai satu keseluruhan dan dan saling kaitan dengan benda lain. Ini kerana ciptaan Allah merupakan satu kesatuan organik. Semasa kajian dan penyelidikan, pengkaji dan sarjana Islam perlu insaf terhadap kekuasaan Allah yang menentukan sesuatu yang berlaku. Mereka perlu lebih dekat kepada Allah dengan penemuan yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan.
Terdapat lima teras yang perlu diikuti dalam etika sains mengikut Islam. Yang pertamanya adalah Tauhid Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan. Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.
Seterusnya adalah Tauhid Rububiyyah yang merupakan elemen dalam etika sains mengikut perspektif Islam. Tauhid Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) , iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya iaitu Allah.
Teras yang ketiga dalam etika sains adalah khilafah. Manusia adalah khalifah atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu. Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya.
Allah telah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 29 yang bermaksud:
“Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
Di dalam surah ar-Rum ayat 30 juga Allah telah berfirman yang maksudnya:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Dalam teras keempat dalam etika sains menurut islam adalah Tazkiyyah An-Nafs. Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.
Etika sains dalam Islam yang terakhir adalah Al-Falah. Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.
9.5 : Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara.
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruh gelombang ini sungguh besar dan luas sehingga meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abad-abad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukannya sekadar menguntungkan negara-negara maju.
SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
No comments:
Post a Comment