Sunday, November 18, 2012

Kembara Seni Visual PPISMP semester 1 (SENI HARUS DITEROKAI)


              
Assalamualaikum...

hai...hari ini,anakseni ingin berkongsi serba sedikit perjalanan,pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh hasil daripada kembara Seni Visual..


        Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Patrick Avon,selaku pensyarah pendidikan seni visual dan juga selaku ketua penyelaras kembara seni  visual 2011 atas segala susah payah,penat lelah dan usaha beliau untuk membawa kami ke Gua Mulu.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat.Sesungguhnya,tanpa kita semua aktiviti kembara seni visual ini tidak dapat dilakukan.Bertunjangkan tema Seni Harus Diterokai kami membawa nama institut pendidikan Guru Kampus Sarawak ke Gua Mulu.Seni harus diterokai boleh dihuraikan sebagai mengkaji yakni merungkaikan segala maklumat yang terkandung dalam seseuatu seni itu.Ia juga boleh ditakrifkan bahawa kita akan rugi sekiranya tidak memanfaatkan seni itu dengan sebaik-baiknya tanpa mengetahui setiap aspek keindahan dan keunikan seni.

                 Sebelum bertolak ke gua mulu,kami pelajar pendidikan seni visual ppismp semester satu bertolak daripada IPGKS pada pukul 7.45am dan kami tiba di lapangan terbang miri pada pukul 8.00am.Penerbangan kami dijadualkan bertolak pada pukul 9.30am tetapi malangnya penerbangan kami ditunda ke pukul 10.30am dan kami tiba di lapangan terbang Mulu pada  pukul 11.00am.Ketibaan kami di sana seakan-akan dialukan kerana pemandangan yang ada disekeliling sungguh indah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Hal ini ditambah lagi apabila kami hendak pergi ke tempat penginapan,kami terpaksa menaiki bas secara bergilir-gilir kerana ruang yang tidak mencukupi.Setibanya kami di tempat penginapan kami diberikan bilik masing-masing untuk mengemaskan barang-barang dan berehat seketika.Selanjutnya,kami pergi mengambil juadah petang sebelum memulakan aktiviti pertama.

   wajah-wajah" excited" untuk ke Gua Mulu..hoho.
Gambar ini diambil sebelum berlepas ke Gua Mulu di Airport Miri



 sekitar kawasan penginapan 3 hari 2 malam..hehe

CATATAN HARI PERTAMA(GUA LANG & GUA RUSA)

                     Banyak input dan faedah yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kembara ini.Daripada perspektif yang berbeza,pengetahuan saya dalam pendidikan seni  semakin berkembang. Pada hari pertama lagi,kembara ini telah membuktikan bahawa ia bukannya sekadar indah khabar dari rupa kerana sejak awal lagi ketibaan kami di sana telah dihidangkan dengan pelbagai flora dan fauna yang dapat menaikkan semangat kesenian dalam hati.Kembali pada tajuk utama, bagi memulakan program pertama,saya dan rakan-rakan pergi melawat dua buah gua iaitu Gua Lang dan Gua Rusa.Kami bergerak ke gua tersebut pada pukul 2.30pm.Gua Lang telah menjadi destinasi pertama kami untuk diterokai dan dikaji segala yakni setiap alam semulajadi yang amat berkait dengan seni visual yang terdapat dalam gua tersebut.

                  Gua Lang menjanjikan kelainan dari sudut perspektif gua batu kapur. Walaupun lebih kecil berbanding Gua Rusa, Gua Lang menyajikan kehebatan pembentukan stalaktit dan stalagmit yang luar biasa.Setiap titisan air yang mengalir di celah dinding gua mengandungi molekul halus debu batu kapur yang mengambil masa ratusan tahun untuk bercantum.Sekiranya dihayati dengan baik,pembentukan  stalaktit dan stalagmit boleh diibaratkan sebagai satu arca yang begitu unik dan semula jadi.Antara bentuk dan rupa yang boleh didapati ialah bentuk atau rupa yang seakan-akan manusia dan juga bentuk haiwan marin iaitu  obor-obor dan juga seakan ukiran.

           Seterusnya,menerusi kembara ini,saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kaitan seni dengan alam semula jadi.Sebagaimana yang dapat dilihat,setiap gua yang ada di Taman Negara Mulu akan mempunyai pelbagai unsur seni yang ada didalamnya bahkan juga disekitar gua terutama di gua rusa .Selain itu,banyak bentuk dan corak yang terhasil akibat peredaran masa,contohnya gua tersebut dahulunya berada dalam laut dan akibat daripada itu  berbagai jenis garisan telah terhasil.


   Antara garisan yang wujud ialah garisan beralun,garisan berlingkar yang wujud diatas permukaan air dalam gua ketika titisan air terjatuh dari celah-celah permukaan atas gua,garisan bergerigi yang wujud diatas permukaan batu dan sebagainya.Satu bentuk rupa juga terhasil dimana rupa ini dipanggil sebagai Abraham lincoln.Ia terhasil daripada batu yang terdapat di gua.


ha..ni la dia yang saya maksudkan,rupa Abraham Lincoln tadi.Menarik bukan?


 






walaupun keadaan cuaca kurang baik, tetapilihat sajalah telatah guru-guru pelatih ini yan sentiasa bersemangat untuk menerokai alam semulajadi.huhu





terjumpa pula dengan salah seorang pelancong dari vietnam.hah,apa lagi..huhu



 this my bro,cecece...segak nampak.,hehe








 CATATAN HARI KE 2 (BATU BUNGAN,GUA ANGIN,YOUNG LADIES CAVE,CLEAR WATER CAVE)
                Pada hari kedua, kami pergi ke gua angin dan gua air jernih.Kami menaiki bot untuk menuju ke gua tersebut.Dalam perjalan tersebut kami telah didedahkan dengan panorama yang indah dimana aliran air dapat menghasilkan garisan beralun dan pusaran air yang berlaku juga dapat menghasilkan garisan berlingkar.setelah tiba di gua angina terpampang juga garisan yang beralun pada permukaan gua yang disebabkan oleh aliran air pada masa dahulu.Seterusnya,kami ke gua air jernih yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Gabungan dua batu yang wujud telah menimbulkan satu bayangan seperti orang sedang bercumbuan dimana byangan hitam yang wujud pada permukaan dalam dan warna terang pada permukaan luar boleh diklasifikasikan sebagai  rupa positif.

Lihat sajalah telatah kami dibawah ini.....sungguh menghiburkan



Apabila terjaga sahaja dari lena,pandangan telah terpikat dengan keindahan panorama pagi.
lihat sajalah pemandangan kat atas itu,sungguh menyegarkan mata.






eh.eh..ayam siapa nie???



wow!kami menaiki bot untuk ke destinasi berikutnya..huhu.best.....





                                  lihat  wajah-wajah mereka ini..teruja........


 sekarang,da tiba kat destinasi.
amboi lht tu abg ehsan kita yg menikmati udara sekeliling yg amat menyegarkan.hehe













       ni dia!! salah seorang penduduk wanita yang mempunyai kebolehan yang menakjubkan,bermain salah satu alatan muzik traditional menggunakan hidung,,
ha..anda boleh?



                                                                                   
                                                                         ehm2..pewwit....




 semua kat atas tu adalah barangan2 tempatan yang dijual di perkampungan ini..



CATATAN HARI KE 3(PUNCAK BUKIT)

                Pada hari ketiga,kami sebagai guru pelatih didedahkan lagi dengan pemandangan realiti yang sungguh menakjubkan dimana tergambarnya nilai seni terhadap alam semula jadi.Menerusi lakaran yang telah kami buat pada puncak bukit  tersebut,kami dapat mengapresiasikan lakaran tersebut sebagai  keindahan seni yang wujud dengan adanya alam sekitar.Dengan ini,pengetahuan kami dalam mengapresiasikan sesuatu karya semakin berkembang.Kelihatan jalinan yang ada pada pokok dan daun-daun yang ada disekeliling terutamanya jalinan sentuh yang jelas terpampang  pada batang pokok dan permukaan batu.



Pembukaan hari ketiga diisi dengan senaman pagi yang menyegarkan badan..


























  Mesti anda tertanya-tanya apa yang kami lakukan di puncak bukit ini??
aha..sebenarnya,tugas kami adalah untuk menghasilkan lakaran berdasarkan apa yang dapat diperhatikan di kawasan sekeliling.