BAB 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA.
1.1- Pengenalan
Perkataan “tamadun” sering
digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah
masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji
Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab.
Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu
sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan
amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah
tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan
yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang
mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula
dengan spiritual? Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih
boleh diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita
bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun telebih dahulu.
1.2- Pengertian Tamadun Dalam
Pelbagai Bahasa
Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas =
Civilization. Bererti warganegara, undang-
undang dan sistem pemerintahan Rom.
undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bahasa Greek : Kei yang
bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion
bererti khazanah atau harta yang. disimpan.
Bahasa Inggeris : Civilize bererti
memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan
ikam pula ialah pembentukan bandar.
Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti
cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina menyentuh
tentang tingkahlaku yang baik.
Bahasa Arab : Tamadun
berasal dari perkataan Arab “maddana, yamuddunu, madinatan” Madani
adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan, atau
perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan
sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw”
yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu
tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan
lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah,
madaniyat, umran dan hadharah.
Thaqafah dalam
Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel dalam
bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan
secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan
kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya, A
Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan
yang berkembang di dalam kota.
Madaniyat dalam
Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor Madya
Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah
kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan
diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari
segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran,
pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan
dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu. Abu
Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam
kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota,
kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Istilah ini juga digunakan
oleh Muhammad Farid Wajdi dalam
kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga
digunakan oleh Syeikh Muhammad Abduh di dalam
risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir
al-Mannar.
Umran dalam
Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan
oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah (
abad 14M – 19M ).
Hadharah dalam
Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah
sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah
dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam
wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam bukunya The
Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawahadharah dan umran
mempunyai pengertian yang sama. Istilah umranlebih popular
digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad
20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah
merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang
berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan
manusia yang bersumberkan wahyu.
Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai
keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik,
beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya)
yang tinggi - peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau
cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan
pemikiran (budaya & sosial) yang halus.
Beberapa perkataan yang biasa
digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance,
Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai
makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab?
Umumnya memang terdapat perbezaan
antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya
walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization danReneissance mempunyai
makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi
ketiga-tiga makna tersebut.
1.3-
Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam
1.3.1- Tamadun Menurut Sarjana
Barat
a) Arnold Toynbee
Tamadun ialah sejenis kebudayaan
yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya
kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain
tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah
hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
b) A.S. Hornby dan E.C.
Parnwell
Menyatakan dalam bukunya “The
Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud “meningkatnya
pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang
sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
c) J. R. Strayer
Menerangkan dalam bukunya “ The
Mainstream of civilization” menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan
dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar.
(Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islam
d) J.K. Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi
material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas
material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
e) E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit
yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
f) Oswarld Spengler
Tamadun Barat lebih mementingkan
kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
g) Will Durat :
Tamadun ialah peraturan masyarakat
yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi
empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
1.3.2-
Tamadun Menurut Sarjana Islam
a) Ibnu Khaldun
menerangkan tamadun ialah sekumpulan
manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang
mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
b) Muhammad Idris Abdul Rauf
al-Marbawi
mengatakan tamadun
bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang
memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,
keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
c) Muhammad Rasyid Redha
Agama adalah asas tamadun, Ini
kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal.
Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan
pegangan agama atau sebaliknya.
d) Sayyid Qutb :
Tamadun Islam ialah segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
e)Said Hawa
Tamadun secara umum terbahagi kepada
dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah
segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya
relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala
kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira
aspek kerohanian dan moral.
f) Umar Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu
pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan
pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
g) Muhammad al-Bahiy
Tamadun ialah keseluruhan
penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia
sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan
lain-lain.
1.3.3-
Ciri-ciri Asas Tamadun
1.
Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar,
kepolisan…)
2.
Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
3.
Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
4.
Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan
tersendiri untuk berkomunikasi.
5.
Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6.
Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.
7.
Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan
nilai estitika yang tersendiri.
1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong
kelahiran dan perkembangan
1. Kedudukan yang strategik
memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.
2. Rangsangan keagamaan dan
kerohanian.
3. Penghayatan yang tinggi terhadap
moral dan nilai yang terpuji.
4. Kesengsaraan hidup; Tamadun
Jepun.
5. Keterbukaan dan toleransi
terhadap sumbangan tamadun yang lain.
Kesimpulan
Perkataan kebudayaan mengikut
keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud
tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada
sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang
dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi
pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan
kemudahan yang sempurna. Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu
madaniyyah, ‘umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umat Islam
dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina
akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan
kebendaan berteraskan agama.
Rumusan
1.
Tamadun berasal
dari perkataan Arab, madana yaudunu madinatan dan lahir
sifat kata tamadunan. Tamadun dalam Bahasa Melayu ialah keadaan
kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, peradaban
dan dan lain-lain. Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang biasa
digunakan ialah Culture, Reneissance, Urbanization,
dan Civilazation.
2. Sejarah
ketamadunan manusia bermula seawal kewujudan Adam dan sentiasa
ada peningkatan dari satu tahap kesatu tahap dan tidak akan terhenti.
3. Ramai
tokoh yang memperkatakan tentang tamadun Islam sama ada atau penulis
Barat mengikut kacamata dan kecenderungan masing-masing.
4. Kesimpulanya
Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahan atau pembangunan atau
kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk
fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga
pembangunan spiritual. Tamadun mementingkan kedua-dua aspek kehidupan namun
pembangunan akhlak dan spiritual adalah diutamakan.
SUMBER :
MODUL (KURSUS WAJIB) (WAJ3101) TAMADUN
ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
No comments:
Post a Comment