Friday, November 23, 2012

Apresiasi Dan Kritikan Seni


“Art appreciation is not always black and white. You get out of art what you’re willing to put in. Art is a relationship and requires that you work at it.”

Richard Nilsen, The Arizona Republic, July 2, 2006
Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema “subject matter”serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif


Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation,such as defining, valuing, and explaining”. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Munurut Chapman(1978), “If treat art as if it were only a matter of learning facts and mastering technique, we deny its value and character”.
Kebanyakan  pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.  Macfee (1961) menegaskan bahawa  “…every culture, differences in value and belief are expressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration…”. 
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. 
PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Objektif Apresiasi

Objektif apresiasi adalah untuk:
(a)        memahami dan bertindak terhadap aspek seni;
(b)       mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan;
(c)        menghasilkan karya (produk seni);
(d)       memahami seni dan hubungannya; dan
(e)        membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.  Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
 PENDEKATAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

Mengikut John A. Michael dalam bukunya ‘Art and Adolescense’ ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:
(a)        Pendekatan secara logik
(b)       Pendekatan secara psikologi

(a)           Pendekatan Secara Logik

 Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

                Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
1.
Secara Penerangan
Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.
2.
Secara Pemerhatian
Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar.
3.
Secara Perbandingan
Analisa, penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran.
4.
Secara Penghasilan
Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

(b) Pendekatan Secara Psikologi

 Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.

 Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistic dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
1. Secara perbincangan dan perbandingan.
2. Secara proses inkuiri penemuan (‘discovery’).
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni.
4. Secara menyediakan setting/set induksi.
5. Secara membesarkan gambar.
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
7. Secara aktiviti permainan seni.
8. Secara lawatan/pameran.
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
(a)        Hedonistik
(b)       Kontekstualistik
(c)        Organistik
(d)       Normistik
(e)        Elektik

(a)    Kaedah Hedonistik

 Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
           

 Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

(b) Kaedah Konstekstualistik

 Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
 Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

(c)     Kaedah Organistik

 Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.
 Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

(d) Kaedah Normistik

 Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.  Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.
 Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

(e)           Kaedah Elektik

 Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.  Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.
 Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. 
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a)        Menggambarkan  (‘description’)
(b)       Menganalisa            (‘analysis’)
(c)        Tafsiran                      (‘interpretation’)
(d)       Penilaian                    (‘evaluation’)

(a)Menggambarkan

           Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

(b) Menganalisa

(i)                          Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii)                        Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii)                       Menghuraikan stail sesuatu karya.

(c) Tafsiran

(i)                          Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(ii)                        Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi ( persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

(d) Penilaian

(i)                          Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang  bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
(ii)                        Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam.  Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a)        Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b)       Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c)        Sejarah seni.
(d)       Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e)        Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.
ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Butiran Bidang


Bidang

Objektif

Seni dalam Kehidupan
(a)
Memahami tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya;


(b)
membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni;


(c)
memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya; dan


(d)
mempertingkatkan pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.

Seni dalam
Komunikasi 
( Seni Halus )
(a)
Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya.

Reka Bentuk
Rumah
Tradisional
(a)
Memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.

Perkembangan
Seni dalam
Budaya
Kebangsaan
(a)
Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:
(i)           sejarah perkembangan seni dalam negara;
(ii)         keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi;
(iii)        sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan
(iv)        sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya.


(b)
Membolehkan pelajar mempunyai daya kritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan.

Hasil Seni Rakyat: t Peralatan t Kraf tekat t Tenunan t Bangunan t Alat permainan
(a)
(b)
(c)
(d)
Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi;
mengetahui peranan keris dalam konteks budaya Melayu; memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan;
memahami jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks budaya kebangsaan; dan


(e)
memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan.
Perkembangan
Seni Lukis Moden
Malaysia
(a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang:
(i)         sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam negara;
(ii)        keistimewaan ciri estetik dan fungsi;
(iii)      sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan
(iv)      sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya.

Seni Dalam Budaya Lain:
Kraf dan Seni
Halus
(a)     Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air dengan kraf luar negara.
(b)     Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang:
(i)         hasil karya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya; dan
(ii)        gerakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan.




CONTOH KRITIKAN SENI

(a)           Menggambar (‘Description’)

Warna
Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala.
Garisan
Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan ‘outline’.
Ruang
Objek dilukis memenuhi ruang.
Rupa
Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan
(‘movement’). Dilukis dengan aksi yang berbeza.
Prinsip
Rekaan
Penegasan – dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.
Imbangan
Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.
Kesatuan
Idea yang sama dan menyeluruh.

(b) Menganalisa (‘Analyse’)

Subjek
Manusia
Unsur-unsur seni 
1.               Warna 2.             Rupa
3.             Bentuk
Prinsip Rekaan
1.        Penegasan
2.        Keseimbangan
3.        Bentuk
Kualiti Ekspresif 
1.        Mood      –   tolong-menolong.
2.        Suasana –   harmoni dan aman.
Bahan/Teknik/ Kaedah
Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.
                      
(c)        Tafsiran (‘Interpretation’)
Makna/Mesej
Unsur-unsur seni
Subjek
Manusia
Simbol
Gotong-royong/kerjasama
Unsur-unsur Seni
Warna, rupa dan bentuk.
Prinsip Rekaan
Penegasan, keseimbangan dan kesatuan.
Metafora/Analogi
bagi menjelaskan makna
Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan harian.
                                 
(d)       Penilaian (‘Evaluation’)
Kriteria

Keaslian
Berdasarkan kepada pengalaman.
Gubahan
Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka.
Teknik
Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau untuk mengolah dalam bentuk fabrik.
Fungsi
Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana harmoni.


No comments: